Sumber: Kosmo Online
KUALA LUMPUR - Empat syarikat haram dikesan menjalankan aktiviti memanipulasi wang pos secara aktif melalui Internet atau dikenali sebagai kutu pintar bagi memperdaya orang ramai di seluruh negara.
Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.
Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah kepada Kosmo! semalam.
"SSM sedang mengadakan siasatan terhadap salah satu penganjur skim ini manakala tiga lagi masih dalam proses pemantauan untuk melihat operasi dan siapa yang terlibat.
"Kami juga sedang merekodkan kenyataan daripada syarikat ini sejak tiga minggu lalu untuk mengumpul bukti sebelum membuat pendakwaan terhadap penganjur terbabit," katanya.
Menurut Redzuan, skim itu didapati melakukan kesalahan menguruskan perniagaan wang kutu tanpa lesen dan boleh didakwa di bawah Seksyen 3, Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjara tiga tahun atau denda tidak melebihi RM5,000.
Blog Komiti HPA Shah Alam yang memuatkan aktiviti terkini HPA di kawasan Shah Alam, berita-berita terkini dari HPA dan maklumat-maklumat yang lain.
29 March, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam..
ReplyDeletepernah jugak seorang rakan ajak join program nie,tp bila tgk cara dia beroperasi,terus tak jadi..
kenapalah ramai sgt org percaya benda2 mcm nie,mana ada jln mudah utk kaya..
Waalaikumussalam, biasalah apabila masih lagi niat untuk menjadi kaya dengan cepat dan tidak kira halal dan haram, skim-skim inilah yang akan tumbuh tidak kira sampai bila-bila. Elakkan diri anda dari terpengaruh dengan skim-skim ini. Banyak lagi perniagaan halal dan berkat seperti HPA. Insya Allah.
ReplyDelete