07 May, 2010

Buktikan jika mee segera berkhasiat dengan kajian makmal

Sumber: Kosmo


WALAUPUN ada dakwaan mi segera boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan, ia tetap menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia. - Gambar hiasan


GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) semalam meminta Kementerian Kesihatan membuat sendiri kajian makmal bagi membuktikan kesahihan dakwaan bahawa mi segera tidak mendatangkan mudarat kepada orang ramai.

Kementerian itu dalam kenyataannya yang disiarkan semalam menafikan makanan itu berbahaya dan menganggap CAP yang membuat dakwaan itu pada 21 April lalu tidak mempunyai bukti saintifik.

Pegawai Pendidikan CAP, N.V Subbarow berkata, pihaknya telah membuat kajian ke atas pelbagai jenis mi segera berdasarkan keputusan ujian makmal persendirian.

03 May, 2010

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) di Hotel De Palma Shah Alam

KULIAH PERUBATAN JAWI

Tarikh : 6 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 8.45 malam
Tempat : Hotel De Palma SHAH ALAM
Penceramah : Ust. Mohammad Ibrahim
Bayaran : PERCUMA

Diminta PJS-PJS hadir dan dijemput semua ahli HPA berdekatan turut serta di dalam KPJ.

Gempurrr Shah Alam...