22 August, 2009

HPA City RM100 juta di Shah Alam


HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera yang terkenal dengan produk kopi Radix, merancang menjadikan Shah Alam sebagai bandar HPA City dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd (milik HPA), Mohd Faisol Abd Rahman, berkata pembangunan yang membabitkan nilai pembangunan kasar RM100 juta untuk fasa pertama itu akan bermula menjelang akhir tahun ini secara berperingkat mengikut fasa.

Beliau berkata, ketika ini, HPA City berpusat di Kedah mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan merangkumi pelbagai bidang antaranya Radix Fried Chicken (RFC), Hotel El Zehra Inn, HPA Ilham Holiday, Radix Bakery House, Thoharah Dobi dan Jawi Herb Shop.


Katanya, Shah Alam akan menjadi HPA City kedua selepas Kedah dan langkah itu bertujuan mengembangkan lagi perniagaannya, sekali gus sebagai batu lonjatan ke persada antarabangsa.

“Ketika ini HPA menembusi pasaran Indonesia dan bakal menerokai Timur Tengah dalam masa terdekat serta menjadikan Asia Tenggara sebagai sasaran utama.

“Langkah menjadikan Shah Alam sebagai HPA City secara langsung dapat mengukuhkan lagi perniagaan kami di kawasan Lembah Klang yang akan memudahkan pelanggan mengakses serta mengenali produk kami,” katanya kepada Bisnes Metro pada majlis pelancaran Kad VIP HPA dan perasmian kios HPA pertama di hotel iaitu di Hotel De Palma, Ampang, Selangor, semalam.

Kad VIP HPA adalah kad istimewa untuk ahli HPA seluruh negara yang dicatatkan mempunyai lebih 550,000 ahli termasuk pengedar.

Mengulas lanjut, Mohd Faisol berkata, pihaknya mensasarkan untuk memperoleh jualan mencecah RM25 juta pada 2010 dengan disokong rancangan syarikat untuk membuka kiosk seumpama ini di pelbagai lokasi seperti di hotel, masjid, pusat beli-belah dan bangunan kerajaan serta korporat seluruh negara.

Sumber: Harian Metro, 21 Ogos 2009

21 August, 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang Kali Ke-5



Program: Perkongsian Bijak Cemerlang kali ke-5 Shah Alam 
Tarikh: 5-6 September 2009
Tempat: Delta Inn Apartment, Wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam
Yuran: RM150
Tempat terhad!!!! Daftarkan diri anda dengan segera!!

Herba di bulan Ramadhan

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling baik untuk melakukan program detox kerana puasa itu sahaja sudah banyak menolong tubuh menyingkirkan bahan buangan beracun. Jika ditambah dengan pelbagai herba lagi ia akan menjadi tubuh benar-benar sihat. Ini termasuklah penggunaan kopi radix/kopi diet/koko Radix/Cereal radix/spirulina/omega 3/minyak zaitun dan lain-lain lagi.

Orang yang sedang sakit ternanti nanti bulan Ramadhan kerana puasa itu juga adalah metod penyembuhan daripada pelbagai penyakit.Ini lebih berkesan jika sekiranya herba diambil secara rutin cuma perlu betulkan masa pengambilanya iaitu waktu berbuka dan bersahur. Cereal radix, kopi radix dan spirulina akan memberikan kecerdasan sepanjang hari.Amin.

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG MUBARAK.

Di ambil dari blog Pengarah Urusan HPA Industries Sdn. Bhd.

20 August, 2009

19 August, 2009

Iklan Radix Koko di TV9

Kelas Mingguan HPA Cawangan Shah Alam 18 Ogos 2009 bersama PJS Syed Agil

Alhamdulillah berakhir sudah kelas mingguan bagi bulan Ogos 2009 sebelum bermulanya bulan Ramadhan yang mulia. Kehadiran PJS Syed Agil membuatkan kelas mingguan kali ini mendapat sambutan yang hangat sehinggakan tidak cukup tempat duduk. PJS Syed Agil memulakan slot Profil Syarikat HPA bagi mereka yang belum kenal HPA dan kemudian menyambung kepada slot Pelan Pemasaran yang mana perbezaan di antara MLM Syariah dan MLM yang lain adalah sangat ketara. Kehadiran PJS yang lain juga memeriahkan lagi kelas mingguan kali ini seperti PJS Hafidzan dan PJS Zameri dalam memberi sokongan dan suntikan semangat bagi merealisasikan pelan HPA bagi menjadikan Shah Alam sebagai Bandar HPA insya Allah. Kita Gempur Shah Alam!!!!


18 August, 2009

Kisah Telur Ayam

Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu Subang. Depa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...

Dulu aku sensitif pasal kes
1. Telur tak basuh bergelumang taik ayam, ada org yg jual roti canai, or roti telur, amik dari papan terus pecahkan kat roti.Tangan dah terkena tahi ayam kering lepas tu pap..pap henyak kat roti canai yang kita nak makan..ehhh geli aku!

2. Telur dibilas-rendam pakai air satu besen sahaja...(cara salah menyucikan najis menurut feqh) Kini tambah lagi satu...

3. Telur dijilat anjing dan bergelumang hama anjing...

Jurufoto ada menegur owner ni pasal anjing ni tak patut la melepak dengan telur-telur tu... Jawapan owner: Tarak!!! ini anjing tarak jilat itu telur, makan pun tarak... Memang la apek oi.....Masalahnya, aku nampak menatang anjing-anjing ni suka jalan hidu sana hidu sini dan moncong hidungnya yang basah tu menyentuh setiap objek yang dihidu....memang sedap sebagai penambah perisa masakan telur.

Moral of the story

Terpulang kepada diri masing-masing, tapi sila berhati-hati dan meneliti bila nak makan kat kedai makan.Aku fed up makin hari makin banyak isu taharah pasal kedai makan terserlah... no wonder umat Islam hari ni bukan main keras hatinya...disebabka n yang masuk ke dalam perut pun macam-macam jenis ingredient gamaknya.

Mungkin elok kita masak sendiri di rumah dengan telur-telur yang dibeli di pasaraya besar, sebab telur ni direct dari farm bukan dari pemborong.Itu pun kalau gudang depa tak guarded by canines.

AKU RASA DAH SAMPAI TAHAP SERUAN WAJIB NI, ORANG ISLAM MESTI MENGAMBIL TANGUNGJAWAB MENGELUARKAN DAN MEMPROSES MAKANAN UNTUK UMAT ISLAM, BUKAN MENGHARAPKAN ORANG LAIN PRODUCE DAN TEMPEK COP HALAL JAKIM. KITA NI SENSITIF SANGAT PASAL 'LOGO' HALAL..... KALAU YANG BUAT MAKANAN BUKAN ORANG ISLAM, APALAH HARAPANNYA.. ..

Ustaz Asraf b. Che Nor
Pemb. Hal Ehwal Islam


Diambil dari blog Cina Islam.

P/S: Komiti HPA Shah Alam menyeru agar umat Islam terutama yang berada di Shah Alam bersama - sama HPA memperjuangkan produk halal dan toyyib (baik) demi kesejahteraan umat Islam. Kita Gempur Shah Alam!!!

17 August, 2009

Perasmian Cawangan HPA Shah Alam

Tarikh : 6 September 2009 Hari Ahad
Masa : 5.30 petang - 10.00 malam
Tempat : Cawangan HPA Shah Alam di Bangunan Worldwide Seksyen 7
Perasmi : En. Mohd. Faisol Abdul Rahman, General Manager HPA

Berbuka puasa dan solat terawih berjamaah.
Semua pengedar dan PJS dijemput hadir.

KITA GEMPURRRR SHAH ALAM!!!!

16 August, 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) Shah Alam Kali Ke-4

Perkongsian Bijak Cemerlang atau PBC Shah Alam kali ke-4 telah diadakan di Delta Inn Apartment Hotel pada 15 dan 16 Ogos 2009 yang lalu anjuran bersama Kelab Pimpinan Al-Wahida (KPA) dan Komiti HPA Shah Alam (KoSalam). Sambutan pada PBC kali ini sangat memberangsangkan dengan kehadiran seramai 66 orang peserta. Insya Allah pada PBC yang akan datang sambutan akan menjadi lebih menggalakkan daripada PBC kali ini.

Para peserta sedang mendaftarkan diri pada hari yang pertama.

Perasmian PBC Shah Alam kali ke-4

Wak But-but seperti biasa memeriahkan keadaan

Para peserta memberikan sepenuh perhatian di dalam PBC kali ini

PBC Shah Alam kali ke-4 ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran pemimpin - pemimpin HPA yang lain seperti:

PJ Mohd. Nizam sedang menerangkan apa itu 6M

PJS Hafidzan memberi penerangan tentang pelan pemasaran

PJS Zameri hadir memberikan sokongan

PJS Haji Marjuni di dalam slot Diagnos Penyakit Melalui Tapak Tangan

PJS Jamaluddin Yeop Majlis menerangkan kehebatan Kopi Radix

Para peserta diberikan latihan dalam kumpulan

PBC Shah Alam kali ini dikejutkan dengan kehadiran General Manager HPA En. Mohd Faisol Abdul Rahman memberikan taklimat mengenai perancangan HPA dalam membina Bandar HPA di Shah Alam.

Tahniah pada Komiti HPA Shah Alam yang telah memberikan komitmen bagi menjayakan Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) bagi kali ke-4.

Bagi para peserta yang inginkan gambar - gambar sekitar PBC Shah Alam yang lalu bolehlah pergi ke pautan ini. Sekian terima kasih.