30 January, 2010

Keistimewaan Penapis Air Dew

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. Kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.

PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.

Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik.
Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.

Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.

sumber dipetik dari http://jawiherbshop.blogspot.com

19 January, 2010

Pelancaran Produk Baru HPA di De Palma Ampang 25 Januari 2010

Berikut adalah produk-produk baru HPA yang bakal dilancarkan di De Palma Ampang pada 25 Januari 2010. Datanglah beramai-ramai.






18 January, 2010

Ubat Pintar di rampas

(*) sumber maklumat ini dipetik dari blog On-D-Scene( seorang TV camera/journalist)

Hubungan baik saya dengan pegawai dan kakitangan Bahagian Penguatkuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia, telah membawa saya membongkar secara eksklusif banyak kes. Ketika menerima maklumat mengenai kes ini, saya andaikan mungkin ia adalah kes membabitkan pihak ketiga, dan bukannya seperti nama yang tertera. Akhirnya, kira-kira jam 11 pagi tadi, operasi dimulakan, targetnya, ialah sebuah rumah di Taman Berlian, Gombak.

Operasi diketuai Timbalan Pengarah Penguatkuasanya, Hj Wan hamid Hj Wan Ibrahim. Ia mengenai satu maklumat dari orang awam produk 'Penawar Sendi Tulang' - yang ujian makmal positif bahan racun steroid jenis dexamethasone. Masalahnya, produk ini menggunakan nama seorang kanak-kanak yang digelar ikon kerana kepintarannya di dalam matematik dan amat terkenal di seluruh negara.

Ketika tiba di lokasi, kanak-kanak terbabit dan kedua-dua ibu bapanya tiada- mereka ke Kota Kinabalu difahamkan melakukan promosi produk keluaran mereka. Dipendekkan cerita, kami ditunjukkan sebuah rumah yang terletak di hadapan rumah kanak-kanak terbabit - sebuah rumah teres dua tingkat yang akhirnya didapati dijadikan sebagai kilang pengeluaran.

Penemuan ini tidak dijangka kerana mulanya dijangkakan hanyalah sebagai stor. Ye, rumah ini adalah kilang - dengan beberapa orang termasuk kanak-kanak membuat pembungkusan. Beribu-ribu botol plastik kosong, beribu-ribu botol produk yang telah siap dibungkus dan bahan mentah serta kawasan kecil yang menjadi 'makmal' memasukkan pil-pil ke dalam botol.


17 January, 2010

Awas dengan Sos/Kicap ini

Sumber dari Blog "On The Scene"



Jalan Meranti Jaya
Puchong
Selangor
14 Jan 2010

Dalam serbuan di kilang membuat sos/kicap ini, sebenarnya jika 'full-force' digunakan, saya rasa kilang ini akan lingkup hari ini juga.


06 January, 2010

Kuliah Perubatan Jawi bersama Pengarah Urusan HPA




Program: Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) bersama Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail
Tarikh: 7hb Januari 2010
Masa: 8 malam
Tempat: Ballroom Hotel De Palma Shah Alam

Masuk Percuma! Bawa prospek dan rangkaian anda ke Kuliah Perubatan Jawi.