17 January, 2010

Awas dengan Sos/Kicap ini

Sumber dari Blog "On The Scene"



Jalan Meranti Jaya
Puchong
Selangor
14 Jan 2010

Dalam serbuan di kilang membuat sos/kicap ini, sebenarnya jika 'full-force' digunakan, saya rasa kilang ini akan lingkup hari ini juga.


 





Perkaran paling utama dalam industri makanan, ialah aspek kebersihan.

Jika ia gagal dipatuhi , bermakna ia tidak layak untuk beropersi sehinggalah ia mematuhinya.

Lihat foto ini. Saya tidak tahu apa namanya, atau mungkin juga dipanggil dandang, tapi ia adalah dapur untuk memasak sos yang diproses.

Ketika ini, sos tiram sedang dimasak dan lihat betapa kotor permukaan tudung atas dapur ini...

Lihat pula yang ini, inilah kali pertama saya melihat, kerja membersih dapur ini sehingga memerlukan pekerja masuk ke dalamnya.

Apabila saya tanya Bangla ini, dengan tenang dia menjawab, memang hari-hari dia masuk dalam dapur ini untuk cuci selepas tiap kali memasak sos seperti cili, tomato atau tiram.

Kerana katanya, selepas dibasuh, operasi memproses sos lain akan menggunakan dapur yang sama, jadi kenalah basuh dulu...

Di bahagian 'production' pula, sebenarnya hanya menggunakan dua pekerja bahagian 'filling'.

Tetapi sekali lagi aspek kebersihan /hygiene tidak dipraktikkan.

Pekerja tidak memakai sarung/lapik tangan dan persekitaran yang kotor dan berserabut.

Ini pula ialah antara bahan yang dicampurkan ketika proses membuat kicap.

Samada bahan ini benar-benar mendapat sijil halal (lihat pada label di tong ini) atau ia hanya sekadar ditampal, tidaklah diketahui..

No comments:

Post a Comment