30 November, 2010

Kursus Pra Herbalis Kali Ke-7 Shah Alam


Kursus Pra Herbalis kali ke-7 akan berlangsung pada 11 Disember 2010. Tempat terhad bagi 50 orang sahaja. Sila hubungi Leez bagi membuat pembayaran dan pendaftaran. Semoga kita dapat menambahkan lagi ilmu dan memartabatkan Thibbun Nabawi.

29 November, 2010

Jadual program di HPAic pada bulan Disember 2010

Pelbagai aktiviti telah dijadualkan bagi bulan Disember 2010. HPAic kini telah menjadi pusat bagi ahli HPA untuk menambahkan ilmu dan meningkatkan semangat bagi terus memperjuangkan produk halal lagi baik HPA. Insya Allah. Bawalah beramai-ramai rangkaian, prospek, rakan-rakan dan ahli keluarga bagi memeriahkan majlis yang diberkati oleh Allah.

27 November, 2010

Program di HPAic 28 November 2010


Berikut merupakan tentatif program yang akan dijalankan pada hari Ahad 28 November 2010. Mari beramai-ramai memeriahkan majlis yang penuh keberkatan ini dan dapat menambahkan lagi ilmu bagi memantapkan perjuangan HPA. Insya Allah.

Program: Insentif Herbalis Kali Ke-2
Tempat: HPAic, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
Masa: 8 pagi - 11.30 pagi
Penceramah: IR Tata Saputra dan Dr. Zaidur Akbar 

Program: Kuliah Khas 
Tempat: HPAic Seksyen 13 Shah Alam
Masa: 8.30 malam - 11.30 malam
Penceramah: Ustaz Fazlan Rabbani Garamatan (Irian Jaya, Indonesia)

23 November, 2010

Bengkel IT KPA Bersama GM


SEMUA PJS, PELAPIS DAN AJK KOMUNITI KPA DIMINTA HADIR !

Tarikh : 30 Nov 2010 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi - 1 ptg
Tempat : HPAic, Seksyen 13, Shah Alam.
Tetamu :
En. Mohammad Faisol Abdul Rahman, GM AWM
Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, GM Zon Tengah

Pengarah program :
PJS Jamaluddin Yeop Majlis
Ketua Unit IT KPA

15 November, 2010

Kuliah Hadith Sahih Bukhari : Pengajian Thibbun Nabawi


Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil, ( S/U Penal Syariah HPA ) akan menyampaikan Kuliah Hadith Sahih Bukhari yang akan menjelaskan 100 hadith secara talaqqi bersanad. Para peserta akan dapat ilmu yang boleh dijadikan sokongan kepada hujah - hujah " Mengapa Perlunya Perubatan Jawi " insyaallah. Butiran adalah seperti berikut :


Tarikh : 21 November 2010 ( Ahad )

Tempat : Dewan HPAic, Shah Alam

Masa : 8:00 pagi - 11:30 malam

Perserta : 100 orang shj.

Bayaran : RM 50.00

* Untuk makan para peserta.


Sebarang pertanya berkaitan program tersebut dan untuk pendaftaran peserta sila hubungi Pn. Azira di talian 019-4548727.

14 November, 2010

Program JAKIM di HPAiC : Teknologi Moden dalam Penyembelihan Halal


Program : Teknologi Moden dalam Penyembelihan Halal
Tarikh: 15hb November 2010
Masa: 8.30 malam - 11.30 malam
Penceramah: Oleh : Ustaz Mohd Amri Abdullah
Tempat: HPA International Center, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor

Datang beramai-ramai bagi menambahkan pengisian ilmu. 

10 November, 2010

Pemantapan Pelan Pemasaran di HPAic


Semua dijemput untuk menghadiri program di HPA International Center pada 12 Nov 2010 bertajuk "Pemantapan Pelan Pemasaran" yang akan disampaikan oleh Pakar Pelan Pemasaran HPA iaitu PJM Hafidzan Fauzi. Program akan bermula pada 8.30 malam sehingga 11.30 malam.

07 November, 2010

Majalah Ikon HPA dan Minyak Wangi Akhil Hayy Dilancarkan

Alhamdulillah Majalah Ikon HPA dan minyak wangi Akhil Hayy telah dilancarkan pada malam tadi 6 November 2010 oleh GM Zon Tengah HPA merangkap Setiausaha Panel Syariah HPA, Ustaz Ahmad Adnan Fadzil dan Ustaz Akhil Hayy.


Kerjasama Akhil Hayy dan HPA adalah hasil dari badan NGO bebas iaitu MIBF (Malaysian Islamic Business Forum) yang dikelolakan oleh HPA dalam membantu mempromosikan produk keluaran IKS. Sambil itu HPA juga mempromosikan produk-produk IKS yang lain di tingkat bawah HPAic seperti HPA Green Technology Lighting System, Koko Minda, Kek Lapis dan sebagainya.



04 November, 2010

Seminar "Halalkah produk yang dibuat menggunakan gelatin pada hari ini?"

Pada 7 November 2010 akan diadakan seminar bertajuk "Halalkah produk yang dibuat menggunakan gelatin pada hari ini?" yang akan disampaikan oleh En. Mohamad Yakob bin Munshi Deen, Pengarah Urusan Halagel. Seminar akan bermula pada pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam. Datang beramai-ramai bagi menambahkan ilmu pengetahuan dan kesedaran tentang halal haram makanan dan minuman.

01 November, 2010

Pelancaran Majalah IKON HPA dan Minyak Wangi Akhil Hayy

IKON – Majalah keluaran khas HPA akan dilancarkan oleh Tn Hj Ismail pada hari Sabtu 6 NOV 2010, Jam 8.30 Malam di Menara HPAic. Ustaz Akhil Hayy juga akan hadir pada malam itu untuk memperkenalkan perfume keluarannya untuk dipasarkan oleh HPA. Jemput hadir beramai-ramai.