30 March, 2010

Perkongsian Bijak Cemerlang Ke-10 Shah Alam



Program: Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam kali ke-10
Tarikh: 3-4 April 2010
Tempat: Pusat Latihan Zakat, Wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam
Anjuran: Komiti HPA Shah Alam (KoSalam) dan Kelab Pimpinan Al-Wahida (KPA)
Yuran: RM150
Untuk pendaftaran: 0193337245 PJS Pn. Habshah
Tempat terhad!!!! Daftarkan diri anda dengan segera!!
Bawa rangkaian anda.

29 March, 2010

Syarikat kutu pintar dipantau

Sumber: Kosmo Online



ANTARA laman web syarikat haram yang memanipulasi wang pos menerusi skim kutu pintar.



KUALA LUMPUR - Empat syarikat haram dikesan menjalankan aktiviti memanipulasi wang pos secara aktif melalui Internet atau dikenali sebagai kutu pintar bagi memperdaya orang ramai di seluruh negara.
Satu daripada syarikat itu mula beroperasi sejak Mac tahun lalu dan sehingga Mac tahun ini, ia telah berjaya mengutip RM33 juta daripada lebih 30,000 ahlinya.
Perkara itu didedahkan oleh Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah kepada Kosmo! semalam.

27 March, 2010

Kementerian Kesihatan digesa umum pencemaran Rotarix

Sumber: Harakah Daily

KUALA LUMPUR, 27 Mac: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan supaya mengumumkan dengan segera kepada rakyat berhubung situasi pencemaran Rotarix di negara ini dan langkah yang diambil untuk mengawal keadaan.

Presidennya, SM Mohamed Idris berkata, kelompok Rotarix di seluruh dunia telah tercemar dengan bahan genetik daripada porcine circovirus jenis 1 (PCV1) iaitu virus yang biasanya ditemui dalam babi.
Beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily hari ini turut melahirkan rasa amat terkejut dengan sikap mendiamkan diri oleh Kementerian Kesihatan dan GlaxoSmithKline Malaysia (GSK) berhubung meluasnya pencemaran Rotarix.

Ini kerana, katanya vaksin oral GSK yang diberikan kepada bayi berusia kurang daripada 12 bulan untuk mencegah rotavirus yang boleh menyebabkan gastroenteritis yang membawa kepada muntah, cirit birit dan demam.

26 March, 2010

Pelancaran Melaka Halal Hub dan Konsert HPA Raihan


Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub

Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Lot 125, Bangunan Anchor, Melaka Halal Hub, Serkam
Masa : 11.00 Pagi
Konsert Nasyid Raihan
Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Dewan Bistari, Ayer Keroh, Melaka
Masa : 8.00 Malam
Tetamu Kehormat :
1. YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin
2. YB Ir. Hj. Ismail bin Othman
3. YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah
4. YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad
5. Tn. Hj. Ismail bin Ahmad.
Semoga kedatangan anda akan dapat memeriahkan lagi majlis tersebut. Jom datang beramai-ramai.

Flyers Hebahan (klik untuk besarkan)

22 March, 2010

Kursus Perincian Herba-herba Terpilih 21 Mac 2010

Alhamdulillah, syukur kerana Kursus Perincian Herba-Herba Terpilih berjaya diadakan. Sambutan terhadap kursus anjuran Komiti HPA Shah Alam dan Unit Herbalis KPA amat menggalakkan. Banyak lagi kursus-kursus seperti kursus ini akan diadakan bagi menambah ilmu perawatan lain untuk semua ahli HPA yang berminat Insya Allah. Komiti HPA Shah Alam akan memaklumkan sebarang kursus di blog ini.




21 March, 2010

Kaki katak dalam mi goreng

Sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 19 Mac – Sanggupkah anda menikmati hidangan mi goreng berlaukkan kaki katak seperti insiden yang menimpa seorang pelajar lelaki ketika dia sedang menjamu selera bersama ahli keluarganya di sebuah kopitiam di Bukit Tinggi, Klang baru-baru ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam pada 11 Mac lalu, Aliff Shanaz, 23, terkejut apabila mendapati terdapat kaki katak dalam menu mi goreng yang dinikmatinya selepas tiga kali dia menyuap hidangan itu.

Sejurus selepas kejadian itu, dia terus mengadu kepada juruwang di kopitiam berkenaan yang kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada pengurus kedai makan tersebut.

Katanya, beberapa pekerja kopitiam berkenaan telah mengambil gambar kaki katak dalam hidangan mi goreng itu selepas dia bertegas tidak akan memulangkan hidangan tersebut.

“Pengurus itu cuba pujuk saya dengan berjanji untuk menggantikan menu lain dan tidak mengenakan bayaran ke atas hidangan tersebut.

“Saya rasa tidak berpuas hati kerana pengurus tersebut gagal memberi penjelasan bagaimana kaki katak berkenaan boleh dimasukkan dalam menu makanan yang saya pesan.

“Malah, saya turut meminta pengurus itu menandatangani laporan yang telah saya buat untuk tindakan selanjutnya, bagaimanapun dia menolak dengan alasan arahan daripada pihak atasan,” katanya di sini hari ini.

Aliff kemudian turut mengambil gambar hidangan itu sebelum dibungkus dan dibawa pulang sebagai bahan bukti.

Berikutan insiden itu, dia membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Agama Islam Selangor serta satu laporan polis di Balai Polis Klang pada 14 Mac lalu.

Pelajar tersebut turut membuat satu aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada petang semalam.

Katanya, tindakan itu dibuat kerana dia tidak mahu insiden yang sama menimpa umat Islam lain supaya berhati-hati sekiranya berkunjung ke kopitiam.

Dalam pada itu, Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan memberitahu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan sijil halal yang digantung di kedai-kedai kopitiam.

“Pihak kami berharap kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha-pengusaha kopitiam yang masih berdegil memohon sijil halal bagi makanan dan minuman untuk dijual di premis mereka,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.


19 March, 2010

Coca-Cola Perosak Masyarakat

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.

Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.

Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.

Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.

Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.

Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.

Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.

SM Mohamed Idris,

Presiden CAP

17 March, 2010

Kantor Pusat HPA di Indonesia

Kejayaan HPA di Malaysia nampaknya turut sama diikuti oleh negara jiran, Indonesia. Baru-baru ini pihak HPA Indonesia telah berjaya membuka pejabat baru. Berikut adalah berita penuh yang dipetik dari blog Pengarah Urusan dan GM Alwahida:


Sejak pengambilan pengurusan 100% (sudah 9 bulan) bisnis MLM HPA yang suatu masa dulu dilihat tidak berupaya berkembang subur kini telah menjadi tumpuan massa. AWMIT tidak mengambil masa yang lama untuk belajar dari pengurusan lama tetapi dilihat bergerak pantas dengan menubuhkan cawangan/cabang baru yang hingga kini berjumlah 15 cawangan berbeza dengan dahulu 2 cawangan sahaja dalam tempoh 10 tahun berniaga.

Perkembangan ini tidak berhenti di situ sahaja malah AWMIT mampu menyewa kantor baru yang lebih selesa di tingkat 8, Menara Salemba.

Penjualan juga terus meningkat memburu target 14 m dengan segera dan purata PBC yang diadakan sebanyak 75 kali sebulan di seluruh Indonesia. Situasi ini hanya akan ujud apabila ada kesefahaman antara anggota/ahli dengan pengurusan AWMIT.

Pak Multi dan Pak Yuliadi yang menjadi tunggak pegerakan tidak henti-henti memberikan semangat dengan bantuan penuh encik Abdul Ghani Saad yang dilantik khas sebagai GM Indonesia. Indonesia dan Borneo juga diletakkan di bawah pemantauan khas GM AWM(en Fisol).

Semoga Peniagaan HPA di bumi Indonesia akan menjadi pemangkin pembangunan ekonomi setempat dan menguatkan jaringan bisnis muslim di rantau ini. InsyaAllah.

Kepada Pengedar yang ingin menghubungi HPA Indonesia, mohon ke alamat seperti berikut:

PT AWMIT
Gedung Menara Salemba Jl Salemba Raya No 5
Lantai 8, Jakarta Pusat.
No Telp: +622139842950
No Fax : +622139842951
email: awmit@hpa-it.com

Website: http://www.hpa-it.com

15 March, 2010

Kuliah Perubatan Jawi

SEBARKAN DAN JEMPUT RAKAN NIAGA ANDA. PERCUMA !

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Al Wahida Marketing Sdn Bhd Zon Selatan akan menganjurkan Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) jam 8.30 malam seperti butiran berikut:

24 MAC 2010 (RABU)
DEWAN NURUDDIN FAHMEY, KLUANG

25 MAC 2010 (KHAMIS)
DEWAN BANGUNAN ANCHOR, MELAKA HALAL HUB, SERKAM



Diharap pihak cawangan boleh membuat hebahan kepada para PJS, leader-leader, stokis-stokis dan ahli-ahli berkenaan dengan makluman ini. Sekian Terima Kasih.

14 March, 2010

Logo halal makanan di Carrefour Kota Damansara meragukan

Sumber: Web Rasmi PPIM




EJAAN YANG TERTERA PADA LOGO INI :

JARATAN KEMA HJAN ISLAM MALAYSIA
ISL AMC DEVELOPMANY DEPAKTMANT OF MALAYSIA



13 March, 2010

Penapis Air Dew HPA - Halal Lagi Menyihatkan

Sumber: Jamaluddin Yeop Majlis


Dew Water Filteration System
Nilai mata - 100
Harga Pengguna - RM 1800.00
Harga Pengedar - RM 1600.00



En Mohamad bin Mohd Said memberi penerangan mengenai keistimewaan yang ada pada Dew Water Filteration System.


12 March, 2010

Kursus Perincian Herba-Herba Terpilih



Program: Kursus Perincian Herba-Herba Terpilih
Anjuran: Komiti HPA Shah Alam dan Unit Herbalis KPA
Tarikh: 21hb Mac 2010, Hari Ahad
Tempat: Cawangan HPA Shah Alam, No. 2-14-01, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7 Shah Alam
Masa: 9 pagi - 5 petang
Yuran: RM35 termasuk bahan kursus dan makan tengah hari.

Jika berminat sila hubungi PJS Puan Habshah 0193337245

Datanglah beramai-ramai membawa rangkaian masing-masing untuk menambahkan lagi ilmu perubatan JAWI.

11 March, 2010

Panadol Punca Kematian

Sumber: Kosmo




AIZADUL SHAFIQAH menemui ajal selepas tiga hari tidak sedarkan diri di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar semalam.



KANGAR – Kematian seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hassan di sini meninggalkan tanda tanya apabila pihak hospital dihalang daripada melakukan bedah siasat penuh selepas bapa mangsa berjaya mendapatkan perintah mahkamah.

Dengan perintah tersebut, pihak hospital tidak dapat untuk mengetahui punca sebenar kematian Aizadul Shafiqah Md. Fuzailee, 16, selepas bapanya, Md. Fuzailee Sabu, 46, berjaya mendapat perintah larangan itu beberapa jam selepas anaknya disahkan mati pukul 9.30 malam kelmarin.

Berdasarkan bedah siasat awal, doktor mendapati kematian Aizadul Shafiqah itu berpunca dari kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil panadol secara berlebihan.

Sebelum disahkan meninggal dunia, mangsa yang tidak sedarkan diri sejak Ahad lalu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, bedah siasat awal mendapati, kematian mangsa disebabkan kegagalan hatinya berfungsi selepas tertelan pil tersebut.

10 March, 2010

Pelancaran Produk Baru HPA 17hb March 2010


Tarikh : 17hb March 2010 Jam : 8.30 Malam
Tempat : De Palma Ampang
Oleh : Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan HPA)

Antaranya :
Album Baru Kunmpulan HPA Raihan ” Musafir Perjuangan” Dan “Selawaterapy”
Aroma terapi HPA Raihan….

Datang beramai-ramai insyallah akan diadakan persembahan Kumpulan HPA Raihan dari album barunya.

06 March, 2010

JAIS Arah Syarikat Henti Keluar Sijil Halal

Sumber: Bernama

SHAH ALAM, 5 Mac (Bernama) -- Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini mengarahkan enam syarikat yang terbabit mengeluarkan sijil dan logo halal supaya tidak lagi mengeluarkan sijil berkenaan kepada peniaga dan pemilik premis makanan di Selangor.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata enam syarikat berkenaan ialah Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council, SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International.

Beliau berkata JAIS sebelum ini tidak pernah memberikan kebenaran dan mengiktiraf syarikat berkenaan yang mengeluarkan sijil logo halal kepada beberapa premis makanan di negeri itu terutamanya di kedai kopi dan medan selera.

Mohammed Khusrin berkata syarikat terbabit juga didapati tidak melakukan pemantauan selepas mengeluarkan sijil logo halal kepada pemohon seperti yang dilakukan oleh JAIS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Berkuat kuasa hari ini hanya sijil logo halal yang dikeluarkan JAIS dan Jakim sahaja yang diiktiraf untuk diguna pakai di semua premis makanan di Selangor," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya syarikat terbabit diarahkan untuk tidak menerima sebarang permohonan sijil halal dari mana-mana pihak berkuat kuasa serta merta kerana sijil logo halal yang dikeluarkan adalah diragui terutama membabitkan syarat pengeluaran dan tindakan penguatkuasaan yang dilakukan.

Beliau berkata tempoh tiga bulan diberikan kepada syarikat berkenaan supaya menyelesaikan segala urusan membabitkan pemprosesan sijil logo halal yang telah diterima sebelum ini.

"Kepada mereka yang belum memiliki sijil logo halal atau mahu memperbaharui diingatkan supaya hanya melakukannya melalui JAIS dan Jakim," katanya.

Mohammed Khusrin berkata mereka yang masih engkar dengan arahan JAIS boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 12 (b) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor 1995.

Antara syarat bagi mendapatkan sijil dan logo halal dari JAIS dan Jakim ialah memastikan bekalan bahan mentah kering atau basah menggunakan sijil logo halal yang sah dan menggunakan khidmat sekurang-kurangnya dua tukang masak Muslim.

-- BERNAMA

03 March, 2010

Pertandingan Kraftangan Guna Sachet Kopi Radix

HPA kini menganjurkan pertandingan gubahan kraf tangan menggunakan sachet kopi radix diperingkat zon-zon . Mereka yang berminat bolehlah menghantar gubahan mereka di mana-mana cawangan HPA yang terdekat. Bagi pemenang akan menerima wang tunai rm300(pertama),200(kedua) dan 100 (ketiga) sementara rm50 untuk hadiah saguhati(10 orang).

Pertandingan ini memberi peluang kepada ahli-ahli HPA terutama wanita untuk menampilkan bakat melalui hobi yang mereka minati. Penghantaran gubahan mestilah tidak lewat dari akhir bulan ini. Hadiah ini akan dikeluarkan mengikut zon-zon kepada ahli di bawah negeri kendalian masing-masing.

Facebook PU : Perubatan Jawi .

01 March, 2010

Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam kali Ke-9



Program: Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam kali ke-9
Tarikh: 6-7 Mac 2010
Tempat: Pusat Latihan Zakat, Wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam
Anjuran: Komiti HPA Shah Alam (KoSalam) dan Kelab Pimpinan Al-Wahida (KPA)
Yuran: RM150
Untuk pendaftaran: 0193337245 atau 0132110267
Tempat terhad!!!! Daftarkan diri anda dengan segera!!
Bawa rangkaian anda.