18 September, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Kami dari Komiti HPA Shah Alam ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


13 September, 2009

Majlis Iftar Komiti HPA Shah Alam

Majlis Iftar Komiti HPA Shah Alam diadakan pada hari Ahad 13 September 2009 dengan sambutan yang amat menggalakkan. Kami bagi pihak Komiti HPA Shah Alam (KoSalam) ingin mengucapkan terima kasih pada mereka - mereka yang sudi datang dan memeriahkan lagi majlis iftar kali ini. Semoga semangat dan sokongan yang ditunjukkan akan dapat merealisasikan matlamat HPA untuk menjadikan Shah Alam sebagai Bandaraya HPA insya Allah.

08 September, 2009

Bihun dan Laksa dekat Kandang Babi

Sudah sekian kali kita mendengar hal-hal begini betapa kesucian produk yang mendapat kelulusan "Halal" di ragukan. Apa solusinya ? Selagi kita tidak berani menjadi pengeluar selagi itulah masalah ini tak akan berakhir. Hendak jadi pengeluar pun bukannya mudah bukan soal modal sahaja tetapi bekalan bahan mentah, mesin dan pasaran cukup akan menyebabkan kita berada pada tahap lama . Jadi bagaimana jalan penyelesaianya?

Kena berjuang.......bersungguh-sungguh, tidak boleh main-main supaya HPA benar-benar menjadi pintu keluar pada permasalahan ini. Syukur kita dah mula pasarkan mee kuning tapi tak banyak, masih baru , kena bersabar seperti pemulaan pengeluaran ayam dan ais krim dahulu. Lama-lama akan memenuhi pasaran.

Begitu juga Kilang Kola Radix dah mula beroperasi di Johor sebagai kilang ke 2 HPA bagi keperluan hari raya. InsyaAllah. Kilang Ais Krim di Ipoh juga sedang dalam pembesaran di mana penambahan mesin sedang dilakukan. Kilang aiskrim mendapat kelulusan "Panel Syariah" sepenuhnya dan panel berpuashati dengan bahan-bahan yang digunakan.

Dari Blog Jawi Herb Shop

06 September, 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam Kali Ke-5 5-6 September 2009

Alhamdulillah selesai sudah Perkongsian Bijak Cemerlang kali ke-5 yang diadakan di Delta Inn Apartment, Wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam. PBC kali ini amat mencabar kerana diadakan di bulan Ramadhan yang mulia ini dan sebagai menyahut cabaran HPA dalam perancangannya untuk membina Bandaraya HPA di Shah Alam. Terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa Komiti HPA Shah Alam yang bertungkus lumus dalam menjayakan PBC kali ini.







Para peserta yang mengambil bahagian di dalam PBC Shah Alam kali ke-5.





Para AJK yang menjayakan PBC ke-5 ini.


PJ Haji Hamzah

 
Syafrizal dan Wak But-but

PJ Noran

 
Ustaz Husni dan Puan Zaliha

Gambar kenangan bersama PJS Syed Agil, PJS Hafidzan, dan PJS Fatin.

Koleksi keseluruhan gambar PBC Shah Alam Ke-5