08 September, 2009

Bihun dan Laksa dekat Kandang Babi

Sudah sekian kali kita mendengar hal-hal begini betapa kesucian produk yang mendapat kelulusan "Halal" di ragukan. Apa solusinya ? Selagi kita tidak berani menjadi pengeluar selagi itulah masalah ini tak akan berakhir. Hendak jadi pengeluar pun bukannya mudah bukan soal modal sahaja tetapi bekalan bahan mentah, mesin dan pasaran cukup akan menyebabkan kita berada pada tahap lama . Jadi bagaimana jalan penyelesaianya?

Kena berjuang.......bersungguh-sungguh, tidak boleh main-main supaya HPA benar-benar menjadi pintu keluar pada permasalahan ini. Syukur kita dah mula pasarkan mee kuning tapi tak banyak, masih baru , kena bersabar seperti pemulaan pengeluaran ayam dan ais krim dahulu. Lama-lama akan memenuhi pasaran.

Begitu juga Kilang Kola Radix dah mula beroperasi di Johor sebagai kilang ke 2 HPA bagi keperluan hari raya. InsyaAllah. Kilang Ais Krim di Ipoh juga sedang dalam pembesaran di mana penambahan mesin sedang dilakukan. Kilang aiskrim mendapat kelulusan "Panel Syariah" sepenuhnya dan panel berpuashati dengan bahan-bahan yang digunakan.

Dari Blog Jawi Herb Shop

No comments:

Post a Comment