28 February, 2010

Asam jawa kepala biawak

Sumber: Metro


JASIN: Seorang ibu muda nyaris menyediakan hidangan asam pedas kepala anak biawak untuk hidangan tengah hari apabila mendakwa sebungkus asam jawa yang baru dibelinya dipercayai mengandungi kepala haiwan itu ketika menyediakan bahan untuk memasak, pagi semalam.

JIJIK...kepala biawak yang ditemui dalam asam jawam, semalam.


26 February, 2010

Beringat sebelum makan Fish Ball

Sumber: Blog AlHusseyn

KEPALA BATAS - Jika anda penggemar makanan berasaskan bebola ikan, wajar siasat semula kaedah pengeluarannya untuk mengelak termakan benda haram.

Ini kerana sebuah kilang di sini yang mengeluarkan makanan tersebut sejak lima tahun lalu, dikesan mencampurkan daging dan perut babi bersama isi ikan dan tepung untuk membuat bebola ikan.

Malah, kumpulan wartawan yang menyertai serbuan ke kilang itu bersama 20 pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKSPP) turut terkejut apabila melihat sebuah periuk besar berisi minyak masak yang dipercayai digunakan berulang kali untuk menghasilkan produk makanan di situ.

Lebih menjijikkan apabila minyak masak itu yang ditempatkan di dalam periuk di luar kilang, sudah bertukar rupa menjadi hitam serta likat seperti minyak pelincir kenderaan.


25 February, 2010

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul dari kami Komiti HPA Shah Alam. Semoga kita menambahkan kecintaan kita terhadap Rasulullah s.a.w. Mari kita jadikan perjuangan Rasulullah sebagai contoh dalam memperjuangkan ekonomi umat Islam Insya Allah.


24 February, 2010

Campur arak untuk sedapkan makanan

Sumber: Kosmo

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa ada sebilangan kopi- tiam di negara ini menggunakan arak dalam hidangan di premis mereka.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, selain mencampurkan arak dalam masakan, ada juga kopitiam yang menjual arak kepada pelanggan.
“Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjual arak di premis, sedangkan masing-masing meletakkan logo halal.
“Inilah yang berlaku apabila ada pihak lain yang keluarkan sijil dan logo halal selain Jakim, pasti ada yang tak kena dalam operasi mereka tanpa kita sedar,” katanya kepada Kosmo! semalam.

RFC dibuka di Indonesia

Sumber Harian Metro

HPA Industries Sdn Bhd, syarikat jualan langsung (MLM) milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini yang terkenal dengan produk jenama Radix, yakin 2010 akan menjadi tahun kebangkitannya di Indonesia dengan pembukaan lebih banyak cawangan di republik itu.
Selain itu, kejayaan menjalin usaha sama dengan sebuah pesantren di Bandung untuk projek ladang ternakan ayam organik dan jagung untuk makanan ternakan itu akan merealisasikan pembukaan pertama restoran Radix Fried Chicken (RFC) di Indonesia.
RFC yang terkenal dengan menu ayam organik dan rempah berherba tanpa bahan kimia kini dibuka di Alor Setar selain Lagenda Heights dan Bandar Laguna di Sungai Petani, Kedah.

Restoran makanan segera itu juga dibuka di Melaka dan Kluang, Johor manakala cawangan lain yang akan menyusul dalam tempoh terdekat ialah Shah Alam, Selangor.

Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad, berkata sejak bertapak di Indonesia 10 tahun lalu, 2009 menjadi tahun paling berjaya bagi HPA yang kini diiktiraf sebagai MLM Syariah.

23 February, 2010

Produk Pelangsing Dirampas

Dari blog Ondscene

Subang Jaya
Selangor
22 Feb 2010
12 tengahari


Kepada wanita yang gemar atau ketagih mendapatkan rawatan di pusat kecantikan - awas, anda mungkin diberikan ubat yang sebenarnya mengandungi sibutramine, sejenis dadah yang merencatkan nafsu makan anda.


22 February, 2010

Awas dengan ubat berunsur babi

Dari blog Ustaz Nor Amin



Salam maklumat kepada semua pengunjung blog ini, terdapat ubat-ubat yang bersumberkan unsur babi dan diguna oleh rakyat Malaysia khuisusnya Islam. senarai ubatnya ialah :


No. Nama ubat/Kegunaan/Vendor diMalaysia


1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste


2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma


3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm


4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma


Nama saintifik babi ialah Porcine. Diharap saudara Islam kita berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) kedalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran kandungan yang ada dalam ubat tersebut. Kalau ada senarai yang lain … akan diberitahu secepat mungkin.


Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi
Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia
03-79573611 s

11 February, 2010

Kopi Power untuk wanita dirampas

Sumber: Blog Ondscene

Taman Shamelin Perkasa
Cheras, Kuala Lumpur
10 Feb 2010
11 pagi

Perhatian: Entry ini mengandungi bahan-bahan bacaan yang diklasifikasikan sebagai 18SX.


08 February, 2010

Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam Kali Ke-8 6-7 Feb 2010

PBC KE 8 LAMAN SERI SEK 13, SHAH ALAM PD 6 dan 7 Feb 2010

MODUL 1
Produk Halal dan Baik Tanggungjawab Kita 
Bersama  – Satu Tuntutan Fardu Kifayah


PJ HJ HAMZAH
MODUL 2
Latar Belakang dan Perkembangan 
Terkini HPA


PJ ISMAHALI

MODUL 3
Pelan Pemasaran 5 Angka 
dan MLMS


PJS ROSMANDI

Modul 4
Gerakerja 6M dan Perkongsian 
Kejayaan Bersama HPA

PJS FAUZIAH
MODUL 5
Diagnos Saraf Tapak Tangan

PJS HJH HABSHAH

MODUL 6
Pengetahuan Produk


PJS HJ JAMALUDDIN

MODUL 7
Sinergi Produk


PJS HJH HABSHAH


JUMLAH PESERTA

40 ORANG

PENASIHAT PBC – PJS HJH HABSHAH
PENGARAH PBC – PJ HJ. HAMZAH
PENYELARAS PBC – SDR ISMA

AJK AJK TERLIBAT

TIMB PENGERUSI dan ISTERI – HJ.SUPARDI / KAK SAL
AJK – PN ZALIHA
AJK – PJ NORAN
AJK – HJH AFIFA
AJK – UST HUSNI
AJK – SDR SYAFRIZAL
AJK – PN HASBIAH
AJK – UST NAZA

DEMO PRODUK – HJ SUPARDI dan ISTERI