23 February, 2010

Produk Pelangsing Dirampas

Dari blog Ondscene

Subang Jaya
Selangor
22 Feb 2010
12 tengahari


Kepada wanita yang gemar atau ketagih mendapatkan rawatan di pusat kecantikan - awas, anda mungkin diberikan ubat yang sebenarnya mengandungi sibutramine, sejenis dadah yang merencatkan nafsu makan anda.


 

Dan kesan sampingannya, dalam jangka panjang, mampu membuatkan anda kurang siuman.

Produk ini mungkin tidak berapa dikenali kerana ia tidak dijual secara terbuka di kedai-kedai atau melalui jualan langsung seperti yang selalu kita temui.

Tetapi, syarikat pengedar menjualnya melalui pusat-pusat kecantikan yang sudah tentu wanita amat gemar mengunjunginya.

Semuanya kerana kecantikan dan mengekalkan bentuk tubuh dan mengurangkan berat badan.

Pusat kecantikan yang menggunakan produk ini , difahamkan akan memujuk atau menjual secara terus kepada pelanggan yang memasuki program menurunkan berat badan di tempat mereka.

Harganya tidak 'mahal' - dijual hanya RM200 sekotak, dan modalnya juga tidak mahal, kira-kira RM20 sekotak...

Bayangkan betapa untungnya mereka yang berniaga ubat ini, kerana bagi wanita, RM200 untuk menurunkan berat badan, bukanlah menjadi masalah, malah dianggap amat-amat murah...!!! walhal peniaga dah untung 10 kali ganda dari modal.

Rampasan membabitkan lebih 7000 kotak produk ini di ibupejabatnya di Subang Jaya, Selangor.

Kenapa dirampas?

Kerana, ujian mengesahkan, ia mengandungi sibutramine, sejenis dadah yang akan menyebabkan yang memakannya akan terencat selera makan, lalu lama kelamaan akan kuruslah dia..(sebab tak makan!!!).

Sibutramin merupakan tertakluk di bawah AKta Racun 1952 dan kesan sampingan jangkamasa panjangnya amat banyak, begitu juga kesan jangka pendek/segera.

Antaranya menyebabkan degupan jantung yang tidak stabil, sakit dada, sesak nafas, gangguan saraf pusat, gelisah, murung dan sawan.

Yang lebih kronik, boleh menyebabkan lama-kelamaan menjadi kurang siuman dan ada kes lebih ekstrem iaitu sehingga membawa kematian.

Oleh itu, kepada wanita terutamanya, berhati-hatilah, kerana semakin banyak produk sebegini di pasaran yang menggoda iman anda untuk mencubanya.

Jangan mudah terpengaruh semata-mata untuk kecantikan dan kecewa dengan bentuk badan atau berat badan anda.

No comments:

Post a Comment