25 November, 2009

Kelas Mingguan HPA Shah Alam 24 Nov 2009




Program: Kelas Mingguan HPA Shah Alam 24 Nov 2009
Tempat: Cawangan HPA Shah Alam
Masa: Pukul 9 malam - 11 malam


Modul 1: Profil Syarikat oleh Ustaz Nazaruddin

Modul 2: Maklumat Produk: Minuman ALG oleh PJS Pn. Habshah

Modul 3: Pelan Pemasaran oleh Pn. Zaliha

Modul 4: Isu Logo Halal Jakim oleh Haji Hamzah


23 November, 2009

Kelas Mingguan HPA Shah Alam 24hb Nov 2009



Agenda: Kelas Mingguan HPA Shah Alam
Tempat: Cawangan HPA Shah Alam, No. 2-14-01, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7 Shah Alam
Waktu: Pukul 9.00 malam - 11.00 malam
PJS Bertugas: PJS Zalehan
Herbalis: PJS Hj Mesday
Product Knowledge: Minuman ALG

Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu bersama prospek, rakan dan/atau keluarga.

18 November, 2009

Kelas Mingguan HPA Shah Alam 17 Nov 2009




Program: Kelas Mingguan HPA Shah Alam 17 Nov 2009
Tempat: Cawangan HPA Shah Alam
Masa: Pukul 9 malam - 11 malam


Modul 1: Profil Syarikat oleh Pn. Zaliha

Modul 2: Maklumat Produk: Herba Jawi (Misai Kucing) oleh PJS Pn. Habshah

Modul 3: Pelan Pemasaran oleh Haji Supardi

Modul 4: Motivasi oleh PJS Zamri

16 November, 2009

Kelas Mingguan HPA Shah Alam 17hb Nov 2009



Agenda: Kelas Mingguan HPA Shah Alam
Tempat: Cawangan HPA Shah Alam, No. 2-14-01, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7 Shah Alam
PJS Bertugas: PJS Khalid
Herbalis: PJS Hjh Habshah
Product Knowledge: Minuman ALG

Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu bersama prospek, rakan dan/atau keluarga.

15 November, 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam Kali Ke-7 14-15 Nov 2009

PERKONGSIAN BIJAK CEMERLANG SHAH ALAM KALI KE-7 DI WISMA MAIS SHAH ALAM PD 14 & 15 NOV 2009

MODUL 1
Produk Halal dan Baik Tanggungjawab Kita 
Bersama  – Satu Tuntutan Fardu Kifayah


PJ HJ HAMZAH
MODUL 2
Latar Belakang & Perkembangan 
Terkini HPA


PJ NORAN

MODUL 3
Pelan Pemasaran 5 Angka dan MLMS


PJS HAFIDZAN

Modul 4: Gerakerja 6M dan Perkongsian 
Kejayaan Bersama HPA

PJS ZAMRI
MODUL 5
Diagnos Saraf Tapak Tangan

PJS HJ RAMLY

MODUL 6
Pengetahuan Produk


PJS HJ RAMLY

MODUL 7
Sinergi Produk


PJS HJH HABSHAH


JUMLAH PESERTA

42 ORANG


PENASIHAT PBC – PJS HJH HABSHAH
PENGARAH PBC – PJ HJ. HAMZAH
PENYELARAS PBC – SDR ISMAHALI

AJK AJK TERLIBAT

TIMBALAN PENGERUSI DAN ISTERI – HJ. SUPARDI / HJH SALIANA
AJK – PN ZALIHA
AJK – PN NORAN
AJK – HJH AFIFA
AJK – USTAZ HUSNI
AJK – SDR SYAFRIZAL
AJK – PN HASBIAH




09 November, 2009

Kelas Mingguan HPA Shah Alam 10hb November 2009



Agenda: Kelas Mingguan HPA Shah Alam
Tempat: Cawangan HPA Shah Alam, No. 2-14-01, Jalan Lazuardi 7/29, Seksyen 7 Shah Alam
PJS Bertugas: PJS Rosmandi
Herbalis: PJ Hj. Onn
Product Knowledge: Ardisia

Datanglah beramai-ramai untuk menambahkan ilmu bersama prospek, rakan dan/atau keluarga.

07 November, 2009

RCH sasar 50 cawangan




Sumber: myMetro
Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my


RADIX Chicken House (RCH) meletakkan sasaran memiliki 50 cawangan di seluruh negara menjelang akhir 2010 yang sekali gus membuka kira-kira 1,000 peluang pekerjaan kepada anak tempatan.

Pengurus Besar Al-Wahida Marketing Sdn Bhd (AWM) yang juga Pengurus RCH, Mohd Faisol Abdul Rahman, berkata sejak cawangan pertama dibuka di Jelempok, Arau, Perlis, RCH kini sudah mempunyai tiga cawangan.

Menurutnya, dua cawangan terbaru RCH ialah di Kangar, Perlis dan Alor Star, Kedah dengan tiga lagi cawangan akan dibuka dalam tempoh terdekat, masing-masing di Kluang, Johor; Ipoh, Perak dan Kota Bahru, Kelantan.

Katanya, cawangan Kluang akan dibuka pertengahan bulan ini manakala Ipoh dan Kota Bharu dijangka Disember dan Januari depan.


RCH adalah rangkaian restoran bawah HPA Industries Sdn Bhd (HPA) selain Radix Fried Chicken (RFC), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH) manakala AWM pula adalah syarikat bertanggungjawab terhadap pemasaran produk HPA.

06 November, 2009

Penjelasan Isu Penarikan Ayam Organik

Dari blog General Manager AlWahida Marketing, En. Mohd Faisol Abd.Rahman.


Berikut adalah kenyataan resmi mengenai penarikan ayam organik HPA;
Pihak pengurusan mengambil keputusan menarik semua stok ayam organik di pasaran kerana beberapa faktor seperti berikut;

1. Memastikan ujud sisitem Standard Operation Prosedure mengenai pengurusan stok ayam di cawangan bagi memastikan kualiti ayam terjamin.
2. Memastikan selepas ini akan di catitkan tarikh ayam di sembelih bagi kepuasan pengguna.
3. Mengemaskini pengurusan pusat penyembelihan supaya lebih bersistematik.
Namun disini saya ingin menegaskan penarikan ayam organik tidak akada kaitan dengan berita di KOSMO dan METRO tempoh hari dan saya telah pun membuat penjelasan.
Operasi RFC dan RCH tetap berjalan seperti biasa kerana telah ujud SOP pengurusan ayam.
Insyallah ayam akan kembali memenuhi pasaran dalam tempoh selewat-lewatnya 45 hari.

05 November, 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam Kali Ke-7



Program: Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam kali ke-7
Tarikh: 14-15 November 2009
Tempat: Delta Inn Apartment, Wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam
Anjuran: Komiti HPA Shah Alam (KoSalam) dan Kelab Pimpinan Al-Wahida (KPA)
Yuran: RM150
Untuk pendaftaran: 0193337245 atau 0132110267
Tempat terhad!!!! Daftarkan diri anda dengan segera!!
Bawa rangkaian anda.

03 November, 2009

30 Peratus Gelatin Kapsul Ubat Tidak Halal



PULAU PINANG, 2 Nov (Bernama) -- Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di sini pada Isnin.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenalpasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir," katanya.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima diseluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram.

-- BERNAMA