19 August, 2009

Kelas Mingguan HPA Cawangan Shah Alam 18 Ogos 2009 bersama PJS Syed Agil

Alhamdulillah berakhir sudah kelas mingguan bagi bulan Ogos 2009 sebelum bermulanya bulan Ramadhan yang mulia. Kehadiran PJS Syed Agil membuatkan kelas mingguan kali ini mendapat sambutan yang hangat sehinggakan tidak cukup tempat duduk. PJS Syed Agil memulakan slot Profil Syarikat HPA bagi mereka yang belum kenal HPA dan kemudian menyambung kepada slot Pelan Pemasaran yang mana perbezaan di antara MLM Syariah dan MLM yang lain adalah sangat ketara. Kehadiran PJS yang lain juga memeriahkan lagi kelas mingguan kali ini seperti PJS Hafidzan dan PJS Zameri dalam memberi sokongan dan suntikan semangat bagi merealisasikan pelan HPA bagi menjadikan Shah Alam sebagai Bandar HPA insya Allah. Kita Gempur Shah Alam!!!!


No comments:

Post a Comment