07 December, 2010

Pembetulan Program Di HPAic

Berikut merupakan perubahan jadual program di HPAic pada pertengahan bulan Disember 2010. Esok 8 Disember 2010 program JAKIM Prosedur Pensijilan Halal akan diadakan pada pukul 9 malam hingga 11 malam menggantikan program Multi Level Marketing Syariah. Manakala program Kuliah Hadith Sahih Bukhari Pengajian Thibbun Nabawi Siri 2 ditukar ke 11 Disember 2010 pada pukul 9 pagi hingga 6 petang. Harap maklum.

06 December, 2010

Salam Maal Hijrah

Dengan kesempatan yang Allah berikan kami Komiti HPA Shah Alam mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah kepada semua ahli dan warga kerja HPA. Semoga pengorbanan kita dalam memasarkan produk halal lagi baik dan memartabatkan Perubatan JAWI diberkati Allah. Insya Allah.

05 December, 2010

Program di HPAic 8 November 2010


Pada 8hb November 2010 terdapat 2 program yang akan diadakan di Dewan Seminar HPA International Center, Seksyen 13 Shah Alam. Pada pukul 9 pagi sehingga pukul 6 petang akan diadakan Kuliah Hadith Sahih Bukhari Pengajian Thibbun Nabawi Siri 2. Bagi mereka yang sudah pergi ke pengajian yang pertama ini merupakan lanjutan atau sambungan daripadanya.

Kemudian pada pukul 9 malam akan diadakan penerangan mengenai Multi Level Marketing Syariah yang akan disampaikan oleh Ustaz Ahmad Ali. Segala persoalan dan keraguan tentang MLM Syariah dapat dijawab dan difahami oleh setiap ahli HPA. Ini adalah penting bagi memantapkan lagi pemahaman tentant muamalat Islam bukan sahaja di dalam HPA tetapi juga diluar dari HPA. Semoga kita terlindung dari skim-skim yang menindas, menipu dan zalim. Datanglah beramai-ramai bersama rangkaian dan prospek bagi menambahkan lagi ilmu.

02 December, 2010

Penerangan Produk Talbinah dan Bedak Sejuk


Penerangan produk Talbinah dan Bedak Sejuk akan diadakan pada hari Sabtu 4 Disember 2010 pada pukul 9 malam hingga 11 malam di HPA International Center Seksyen 13 Shah Alam. Majlis akan bermula dengan penerangan produk Talbinah oleh Ustaz Jamnur Mulkan dan selepas itu penerangan mengenai Bedak Sejuk oleh En. Tajuddin.

Sehingga kini banyak testimoni yang memberangsangkan setelah mengamalkan produk Talbinah. Cubalah produk Talbinah demi kesihatan sekeluarga.

01 December, 2010

Bengkel IT bersama GM berjalan lancar

Alhamdulillah Bengkel IT bersama GM AWM berjalan lancar. Semoga penerangan secara umum tentang pentingnya email, Facebook dan Blog dapat memberi perangsang kepada PJS, Pelapis PJS, Herbalis, Komuniti KPA dan ahli-ahli HPA yang lain. Selepas ini akan dianjurkan kursus lain yang lebih terperinci bagi memahami topik yang dibincangkan seperti membuat blog, promosi blog, mempromosi di Facebook, cara menjenamakan diri anda dan sebagainya.