21 December, 2010

Apa itu perniagaan MLM?

Satu penerangan tentang perniagaan MLM akan diadakan di Dewan Seminar HPAic pada 22 Disember 2010 hari Rabu pada pukul 9 malam. Program akan disampaikan oleh General Manager Al-Wahida Marketing, En. Faisol b. Abd. Rahman.

Datanglah beramai-ramai bagi menambahkan ilmu dan memberi pemahaman kepada prospek dan ahli HPA yang lain. Semoga bertambah keyakinan dalam berjuang demi memantapkan ekonomi umat Islam.

18 December, 2010

Pembetulan Program Hari Sabtu 18 Disember 2010

Majlis ilmu 'Keajaiban Madu Lebah" tidak dapat diteruskan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.. Tetapi program "Tafsir Yassin Menurut Sains" disampaikan oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusof jam 8.30 malam - 11.30malam, di Dewan HPAIC, Seksyen 13 Shah Alam tetap diteruskan.
 

Semua dijemput hadir.

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi atau SMS ke 019-4490082.

17 December, 2010

Program berganda di HPAic 18 Disember 2010

Terdapat 2 program yang akan diadakan pada hari Sabtu 18hb Disember 2010. Pada pukul 8 pagi akan diadakan majlis ilmu "Keajaiban Madu Lebah" yang akan disampaikan oleh pensyarah jemputan.

 Manakala pada sebelah malam pula akan diadakan program "Tafsir Yassin Menurut Sains" yang akan disampaikan oleh  Ustaz Fauzi Nawawi. Program akan berlangsung pada pukul 9 malam.

Datanglah beramai-ramai dalam menambahkan lagi ilmu dan memantapkan perniagaan HPA.

13 December, 2010

Pembatalan program Penerangan MLM Syariah


Seperti yang dijadualkan program Penerangan MLM Syariah oleh Pengerusi Panel Syariah HPA, Ustaz Ahmad bin Ali diadakan pada hari ini jam 9 malam di HPAic. Akan tetapi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka program ini terpaksa dibatalkan dan tarikh baru akan diberitahu kemudian.

08 December, 2010

Penerangan Produk Chlorophyll Drop dan Jelly Gamat HPA


Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendengar penerangan produk Alkalizing Chlorophyll Drop dan Jelly Gamat HPA maka pada hari Sabtu 11 Disember 2010 akan diadakan penerangan produk oleh Dr. Zakaria dan Dr. Zaiton. Produk Alkalizing Chlorophyll Drops merupakan salah satu produk yang mampu menaikkan pH air dengan cara mencampurkan beberapa titis ke dalam segelas air kosong. Boleh diamalkan sekali dengan air mineral HPA dan Dew Water Filter HPA. Semoga kita dapat meneutralkan asid di dalam badan setelah mengamalkan Alkalizing Chlorophyll Drops.