06 January, 2011

Jadual Program di HPAic Shah Alam Bulan Januari 2011

Program-program yang akan diadakan di Menara HPA bagi bulan Januari 2011. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian kelak.

08 JAN 2011 08.00 AM - 01.00 PM
KURSUS LANJUTAN AGEN STOK -PENGETAHUAN PRODUK (BERDAFTAR SAHAJA)
Bersama TN HJ ISMAIL HJ AHMAD, Pengasas HPA Group.

09 JAN 2011 02.00 PM - 05.00 PM
KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ)
Semua dijemput hadir.
Bersama TN HJ ISMAIL HJ AHMAD, Pengasas HPA Group.

11 JAN 2011 8:00 PM – 11:00 PM
SEMINAR M.L.M.SYARIAH
Semua dijemput hadir
Bersama USTAZ AHMAD ALI.

20 JAN 2011 8:00 AM – 5:00 PM
Program Motivasi Kepimpinan KPA.
Semua dijemput hadir.

Bersama PJM CIKGU MURAD & PJM KHALID ISKRI.

21 JAN 2011 08.00 AM - 5.OO PM
Kursus Bekam Percuma
Semua dijemput hadir.
Bersama USTAZ MOHD AMRI ABDULLAH

21 JAN 2011 08.00 PM - 11.OO PM
Seminar JAKIM “ELEMEN-ELEMEN SYARIAH DALAM INDUSTRI HALAL”
Semua dijemput hadir.
Bersama USTAZ MOHD AMRI ABDULLAH

24 JAN 2011 9:00 PM – 11:00 PM
Program –Bersama En Muhammad Faisol Abd Rahman
Semua dijemput hadir.
En Muhammad Faisol Abd Rahman

29 JAN 2011 08.00 AM - 05.00 PM
Program dari KPA Kursus Keusahawanan Semua dijemput hadir.
Kelab Pemimpin Al-Wahida.

30 JAN 2011 08.00 AM - 05.00 PM
Program dari Kelab Herbalis KPA - DIAGNOS & PERAWATAN
Semua dijemput hadir.
Herbalis Kelab Pemimpin Al-Wahida.

28 December, 2010

Pembetulan Program 28 Disember 2010

Dimaklumkan program malam ini iaitu "Boikot Produk Yahudi" ditunda ke masa yang akan dimaklumkan kelak. Harap maaf.

27 December, 2010

Mari boikot produk Yahudi!

Program "Boikot Produk Yahudi" akan diadakan pada hari Selasa 28 Disember 2010 bermula pada pukul 9 malam. Program tersebut akan disampaikan oleh En. Ali Hassan dan Pn. Farah Hanim. Semua dijemput hadir. Moga-moga program ini dapat menambahkan kesedaran kepada umat Islam dan meningkatkan lagi ekonomi umat Islam itu sendiri. Bebaskan diri anda dari belenggu ekonomi Yahudi!

24 December, 2010

Kuliah Perubatan Jawi 25hb Disember 2010

Kuliah Perubatan Jawi pada bulan Disember ini akan diadakan pada hari Sabtu 25hb Disember 2010 bertempat di Dewan Seminar HPAic yang akan disampaikan oleh Tuan Haji Ismail b. Haji Ahmad.

Datanglah beramai-ramai bersama rangkaian dan prospek anda.

23 December, 2010

Bersama Bekas Tahanan Israel

Seperti yang kita tahu Mavi Marmara merupakan kapal dari Turki yang membawa bantuan kepada umat Islam Palestin yang tertindas dan tidak cukup keperluan hidup. Ianya telah diserang oleh pasukan komando Zionis dengan alasan kapal tersebut membawa senjata yang merbahaya.

Oleh itu, pada 24hb Disember 2010 akan diadakan program "Bersama Bekas Tahanan Israel Yang Merawat Pengganas Di Atas Mavimarmara" yang bermula pada pukul 9 malam. Datanglah beramai-ramai bagi mendengar taklimat daripada mereka yang menjadi tahanan Israel. Semoga kita dapat mengambil iktibar dan menimbulkan kesedaran mengapa kita perlu menaikkan ekonomi umat Islam.