05 November, 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam Kali Ke-7



Program: Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam kali ke-7
Tarikh: 14-15 November 2009
Tempat: Delta Inn Apartment, Wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam
Anjuran: Komiti HPA Shah Alam (KoSalam) dan Kelab Pimpinan Al-Wahida (KPA)
Yuran: RM150
Untuk pendaftaran: 0193337245 atau 0132110267
Tempat terhad!!!! Daftarkan diri anda dengan segera!!
Bawa rangkaian anda.

03 November, 2009

30 Peratus Gelatin Kapsul Ubat Tidak Halal



PULAU PINANG, 2 Nov (Bernama) -- Kira-kira 30 peratus daripada 100 produk kesihatan yang diuji di makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi Universiti Sains Malaysia (USM) tidak halal kerana menggunakan gelatin kapsul ubat dari khinzir.

Dekan Pusat Pengajian berkenaan Prof Madya Dr Syed Azhar Syed Sulaiman berkata kesemua produk yang diuji sejak setahun lepas itu dihantar oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan pengeluar produk bagi mengenal pasti sumber gelatin yang mereka gunakan.

"Daripada 100 produk yang kita uji, sebanyak 30 peratus tidak halal dan menggunakan gelatin dari khinzir kerana ia lebih murah daripada gelatin lembu.

"Bagaimanapun ini bukanlah menggambarkan keseluruhan pasaran gelatin kapsul di Malaysia kerana ada pengeluar yang terlibat bertindak menukar gelatin yang mereka gunakan kepada yang halal seperti gelatin lembu selepas dimaklumkan perkara berkenaan," katanya selepas satu sidang akhbar di USM di sini pada Isnin.

Gelatin adalah suatu campuran protein diekstrak daripada kulit binatang.

Syed Azhar berkata produk kesihatan yang diuji tidak halal itu memang terdapat di pasaran dan ia dijual sejak beberapa tahun lepas.

"Ini yang kita bimbangkan kerana gelatin kapsulnya tidak halal dan produk berkenaan dikeluarkan sijil halal yang sah ekoran bahan utamanya halal," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap Kementerian Kesihatan mewajibkan pengeluar produk kesihatan menggunakan gelatin kapsul dari sumber yang halal.

Sementara itu, sekumpulan penyelidik USM yang diketuai Prof Madya Dr Gam Lay Harn berjaya menghasilkan kaedah yang pertama di Malaysia bagi mengenalpasti sumber bahan untuk gelatin kapsul ubat.

Dr Gam berkata dengan menggunakan teknik-teknik pengekstrakan dan pengasingan protein yang sesuai, pihaknya berjaya membangunkan satu kaedah pengenalpastian sumber gelatin sama ada daripada lembu atau khinzir," katanya.

Penyelidikan itu dibantu Zuraidah Mohd Zobir, Yap Beow Keat dan Lim Chu Ai.

Dr Gam berkata pada campuran yang mengandung 20 peratus gelatin khinzir atau lebih bagi setiap kapsul ubat, pihaknya 100 peratus yakin dapat mengesan kandungan gelatin tersebut.

Beliau menjangkakan kaedah yang telah memenangi beberapa anugerah di Malaysia dan luar negara itu mampu diterima diseluruh dunia terutama di negara-negara Islam kerana ia melibatkan produk halal dan haram.

-- BERNAMA

26 October, 2009

Radix Pizza House Kini Beroperasi

Satu lagi sejarah dilakar oleh HPA di mana restoran Radix Pizza House (RPH) yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17 hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights Sungai Petani. Restoran ini menyediakan masakan pizza seperti rendang pizza, satay pizza, tandoori chicken pizza dan lain-lain serta masakan western food seperti spaghetti. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoran HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam. Lihat gambar di bawah untuk mendapatkan gambaran sebenar restoran ini.

Pintu hadapan RPH
Ruang dalam dan tempat makan RPH
Antara menu pizza yang tersedia untuk dinikmati. Semestinya segar dan halal.
 
Apakah Radix Pizza House (RPH) akan turut di’franchise’kan juga seperti ‘adik-beradik’ restoran Radix yang lain? Kita nantikan.
 
Maklumat untuk dihubungi akan diberikan kemudian.

22 October, 2009

Haram GREEN Soya bean drink from YEO's dan FANTA APPLE

Sumber: idhamlim.blogspot.com 
Email : Zamri Keciks

Awas semua muslimin dan muslimah!

GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .

Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.


Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......

Cuba lihat kat pic ini.

Cuba lihat dekat-dekat........

Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???


Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!



Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.


Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)

18 October, 2009

Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam Kali Ke-6 17-18 Okt 2009

Alhamdulillah selesai sudah PBC Shah Alam kali ke-6 anjuran bersama Kelab Pemimpin Al-Wahida (KPA) dan Komiti HPA Shah Alam (KoSalam) pada 17 dan 18 Oktober 2009 / 28 dan 29 Syawal 1430 Hijrah bertempat di Pusat Latihan Zakat Selangor (PULAZ). Kehadiran seramai 30 orang peserta menunjukkan sambutan PBC Shah Alam amat menggalakkan.



MODUL 1
Produk Halal dan Baik Tanggungjawab Kita 
Bersama  – Satu Tuntutan Fardu Kifayah


PJ HJ HAMZAH
MODUL 2
Latar Belakang & Perkembangan 
Terkini HPA


SDR ISMA

MODUL 3
Pelan Pemasaran 5 Angka dan MLMS


PJS ROSMANDI

Modul 4: Gerakerja 6M dan Perkongsian 
Kejayaan Bersama HPA

PJS HAFIDZAN
MODUL 5
Diagnos Saraf Tapak Tangan

PJS HJ MARJUNI

MODUL 6
Pengetahuan Produk


PJS HJ MARJUNI

MODUL 7
Sinergi Produk


PJS HJH HABSHAH


JUMLAH PESERTA

30 ORANG


PENASIHAT PBC – PJS HJH HABSHAH
PENGARAH PBC – PJ HJ. HAMZAH
PENYELARAS PBC – SDR ISMA

AJK AJK TERLIBAT

TIMBALAN PENGERUSI DAN ISTERI – HJ. SUPARDI / KAK SAL
AJK – PN ZALIHA
AJK – PN NORAN
AJK – HJH AFIFA
AJK – USTAZ HUSNI
AJK – SDR SYAFRIZAL
AJK – PN HASBIAH



Berikut adalah paparan bagi keseluruhan gambar - gambar di sekitar Perkongsian Bijak Cemerlang Shah Alam kali ke-6.