11 April, 2010

Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC)

PENDAHULUAN
Setelah 5 tahun program PBC dilaksanakan adalah difikirkan perlu bagi pihak Al Wahida Marketing memperkenalkan satu program baru bagi mempercepatkan lonjakan jualan ke arah pencapaian jualan RM20 juta. Program PSC dicadangkan untuk diperkenalkan oleh pihak syarikat bukannya untuk menggantikan program PBC tetapi sebaliknya adalah bagi memantapkan lagi program tersebut.

MATLAMAT
Bagi melahirkan pengguna setia produk HPA dikalangan pengedar disamping menjana pendapatan yang selesa dengan cara yang mudah.

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI
Semua PB yang belum berpangkat. (PB: Pengedar Bertauliah)

JANGKAMASA PROGRAM
1 Hari (9 pagi – 5 petang)

INSENTIF PROGRAM
Dinobat Sebagai Pengurus Melati (PLX) Setelah Maintain 100 NM Selama 6 Bulan Berturut-Turut

TEMPAT PROGRAM
Hotel atau yang setaraf dengannya

MODUL
  1. Pengenalan syarikat
  2. Marketing plan – bagaimana menjana pendapatan selesa melalui program PSC
  3. Produk knowledge
Bayaran: RM 10 – RM 30 termasuk bahan dan makan
Bilangan Peserta: 200 hingga 500 orang

SYARAT PENYERTAAN

a. Telah membuat pembelian 100 NM sebulan dalam mana2 bulan dalam tempoh 3 bulan sebelum kursus. Peserta dikehendaki membuktikan dengan menyertakan invois pembelian semasa pendaftaran bersama dengan kad pengenalan. Peserta yang mengikuti program PSC pada bulan pembelian syarat dibuat atau bulan berikutnya hanya perlu meneruskan maintain 100 NM selama LIMA BULAN BERTERUSAN untuk melayakkan mendapat kenaikan pangkat PLX
b. Hanya peserta yang hadir layak menerima kenaikan pangkat. Tidak dibenarkan pengganti untuk hadir kursus.
c. Peserta perlu hadir sepenuh masa dalam kursus

SYARAT PENGANJURAN

Dianjurkan oleh kelab dan pada peringkat permulaan cukup satu atau dua program untuk satu kelab. Target 500-1000 peserta sebulan

KENAPA PROGRAM PSC RASIONAL

1. PSC tidak akan menyebabkan program PBC tergendala malahan akan menjadikannya lebih rancak kerana mereka yang menyertai PSC apabila menyertai PBC pada bulan berikutnya, hanya perlu membuat penambahan 200 NM. Disamping itu mereka juga akan menjadi peserta PBC yang lebih berkualiti kerana telah faham akan matlamat dan kelebihan PBC.

2. Program PBC telah pun berjalan sejak tahun 2005. Setelah 5 tahun, rasanya sudah sampai waktu dan ketika para pemimpin dan pengedar didedahkan dengan program baru yang boleh membangkitkan semangat mereka.

3. PSC akan memastikan peserta meneruskan pembelian sekurang2nya 6 bulan dimana ada kalanya peserta PBC hanya mampu untuk maintain dalam masa 2 bulan pertama selepas PBC

4. Terdapat dikalangan pengedar yang hanya sanggup memberi masa 1 hari bagi mengikuti program. Ini adalah lebih mudah bagi orang yang kurang semangat dan keyakinan.

BERITA BERKAITAN:

Program PSC Pertama Di Sg Petani, Kedah

Pendaftaran untuk Kursus Pengguna Setia Cemerlang (PSC) dibuka mulai sekarang dan tarikh tutupnya pada 24 APRIL 2010 (Sabtu). Mereka yang berminat hadir boleh daftarkan nama melalui PENGERUSI KOMUNITI masing-masing.

Tarikh PSC : 01 MEI 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Umar Mukhtar, RFC Legenda Height.
Yuran : RM20 (Minum pagi, Mkn Thari dan Petang serta Bahan)

SYARAT-SYARAT PSC
1. Mesti membuat belian 100NM dalam mana-mana 3 bulan (FEB,MAC atau APRIL).
2. Bukti INVOIS 100 NM perlu dibawa semasa pendaftaran.
3. Peserta berpangkat PB sahaja diterima.
4. Peserta ganti TIDAK DIBENARKAN.
5. Umur 18 tahun ke atas.
6. Hanya 200 peserta pertama mendaftar akan diterima.
Semua PENGERUSI KOMUNITI hendaklah menyerahkan senarai nama peserta pada atau sebelum 24 APRIL 2010 kepada Setiausaha Tribunal (PJS Ismail – 019-4752205).

Penceramah:
1. PJS Sharifah Sulaiman
2. PJS Azizan Ahmad.
3. PJS Mohd Nadzri Ahmad
4. PJS Mohd Aseri Hanapiah
5. PJS Jamaliah Omar
6. PJS Zaharah Mat Zain

09 April, 2010

Sijil Halal Untuk Dijual?

Sumber: PPIM


Sijil halal yang terdapat di sebuah laman web lelong yang dilelongkan bagi sesiapa yang ingin memilikinya. Lihat pada tanda harga sijil tersebut. Sangat mahal harganya tetapi tanda halal tidak ternilai bagi umat Islam. Sedarlah wahai umat Islam. Mari beramai-ramai menyokong produk halal HPA demi kesejahteraan umat Islam.

08 April, 2010

Restoran tidak halal berlakon pakai kopiah, tutup aurat

Sumber: HarakahDaily

KUALA LUMPUR, 6 April: Ustaz Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) berkata, masih terdapat banyak kedai makan dan restoran yang cuba mengaburi mata umat Islam dengan menggunakan logo halal palsu dan mempamerkan imej Islam untuk melariskan jualan mereka.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyatakan tindakan khususnya dari segi mekanisme yang digunakan dalam pemantauan penguatkuasaan bagi memastikan tidak berlaku lagi penyalahgunaan pensijilan halal oleh pihak-pihak tertentu.

"Sejauh mana persiapan pihak Jakim dalam pemantauan penguatkuasaan iaitu mekanisme yang digunakan selepas ini supaya tidak berulang lagi penyalahgunaan pensijilan halal oleh pihak tertentu dan sekaligus menipu umat Islam.

"Begitu juga difahamkan, ada kedai makan dan restoran yang tidak halal tapi berlakon seolah-olah halal dengan menggunakan wanita memakai tudung dan begitu juga ada tauke pakai kopiah walaupun bukan Islam. Ada pula yang guna kalimah Allah dan Nabi Muhammad untuk mengaburi mata orang Islam. Perkara itu berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini," katanya sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam jawapannya bagaimanapun berkata, perkara itu bergantung kepada kesedaran pengguna untuk memastikan kedai makan tersebut halal atau pun tidak.

Beliau juga memberitahu, kerajaan telah mewujudkan kempen satu halal satu Malaysia secara besar-besaran bagi mengatasi masalah yang dibangkitkan itu.

Sebelum itu, Taib Azamudden meminta Perdana Menteri menyatakan bahawa bidang kuasa pensijilan halal telah dikembalikan di bawah kuasa Jakim sepenuhnya dan beliau ingin tahu mengenai perbelanjaan yang telah diperuntukkan dalam jumlah yang besar kepada Halal Development Corporation (HDC) sebelum ini, dan adakah HDC akan diberhentikan operasinya.

Menteri memberitahu, Jakim mengambil alih kuasa pensijilan halal daripada Jakim pada 1 Ogos 2009 dan sejak itu kuasa pensijilan halal hanya kepada Jakim dan HDC bertumpu kepada promosi dan peningkatan industri halal di peringkat antarabangsa.

Kini HDC diletakkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Sementara itu, Datuk Lilah Yassin (BN-Jempol) senada dengan Taib Azamudden mahukan Jakim menggunakan kuasa mereka untuk memantau aktiviti penipuan menggunakan sijil halal Jakim.

Mashitah berkata, Malaysia belum mewajibkan semua kedai mendapatkan sijil halal Jakim kecuali untuk tujuan komersial sahaja.

Justeru, beliau menyerahkan kepada pengguna untuk membuat pilihan.

07 April, 2010

Album Musafir Perjuangan laris

Oleh Nik Masilawati Ahmad
bhkb@bharian.com.my
2010/04/01

KUMPULAN Raihan dengan album baru mereka.
KUMPULAN Raihan dengan album baru mereka.

PENJUALAN album Musafir Perjuangan, buah tangan terbaru kumpulan nasyid terkenal, Raihan mendapat sambutan cukup menggalakkan apabila setakat ini sudah mencecah 12,000 unit selepas dua minggu berada di pasaran di seluruh negara.

Ketua kumpulannya, Che Amran Idris, berkata album ke-10 daripada Raihan itu turut memuatkan lagu termasuk Nun Disana, Musafir, Tanpa Agama, Allah Is Coming dan God Is Light menerima sambutan baikaripada peminat tanah air.

"Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album kami adalah lagu nasyid lama yang dirakamkan semula supaya peminat dapat mengenali dan mengingati konsep yang dibawa oleh Raihan. "Sambutan yang diterima sejak pelancaran pada 17 Mac lalu memang menggalakkan dan kami amat bersyukur dengan penjualan album setakat ini," katanya ketika mengadakan majlis ramah mesra bersama media di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

06 April, 2010

Perkongsian Bijak Cemerlang Ke-10 Shah Alam 3-4 April 2010

TENTATIF PROGRAM PERKONGSIABIJAK CEMERLANG
PUSAT LATIHAN ZAKAT, BANGUNAN MAIS, SHAH ALAM 

SABTU 3 APR 2010 


MASA PROGRAM
8.15-9.00 pg Pendaftaran Peserta
9.00-930 pg PEMBUKAAN MAJLIS & PERASMIAN –PENASIHAT TAKLIMAT PROG/SESI TAARUF N-Asma ul Usna
9.30-10.45 pg MOD 1:HALAL HARAM - PJ HJ HAMZAH
10.45-11.15 pg MINUM PAGI
11.15-12.30 ptg N-Nazam HPA & MOD 2:PROFIL SYARIKAT-PJ ISMA
12.30-2.15 ptg N-Tayamum & PEMBAHAGIAN BILIK&KUMPULAN,MAKAN/ REHAT/SALAT
2.15-3.30 ptg MOD 3:PELAN PEMASARAN- PJS SYED AGEEL
3.30-5.15 ptg N-Lukisan Alam & MOD 4 –ELEMEN KEJAYAAN 6M-PJS SYED AGEEL
5.15-5.30 ptg MINUM PTG & SALAT
5.30-6.30 ptg N-Rasullulah & LDK-HJH.AFIFA MALINA
6.30-8.45 mlm REHAT/MAKAN MALAM/SALAT
8.45-9.30 mlm N-Sekeping Hati & DEMO PRODUK-HJ SUPARDI/HJH SALIANA
9.30-10.30 mlm PERSEMBAHAN KUMPULAN
10.30-11.00 mlm BAHTERA MALAM

AHAD 4 APR 2010 


5.00-8.30 pg QIAM/SALAT/KULIAH SUBUH/MATHURAT/SARAPAN
8.30-10.00 pg N-Demi Matahari &MOD 5:HERBALISM & SINERGI PRODUK-PJS HJH HABSHAH
10.00-10.15 pg MINUM PAGI
10.15-11.30 tgh N-Bingkai Kehidupan & MOD 6: DIAGNOS TPK TGN/DEMO BERKESAN-PJM CIKGU MURAD
11.30-12.45 ptg MOD 7:PENGETAHUAN PRODUK-PJM CIKGU MURAD
12.45-2.00 ptg MAKAN/SALAT/CHECK OUT/SERAH KUNCI
2.00-3.00 ptg UJIAN MINDA/PENGISIAN BORANG PGKT PLX (20%)
3.00-4.00 ptg UCAPAN PESERTA TERBAIK LELAKI&PEREMPUAN UCAPAN AJK & PENUTUP-PENGERUSI KOSALAM
N-Teman Sejati

Penasihat PBC-Pjs Hjh Habshah & Pengarah PBC-Pj Hj. Hamzah
Penyelaras PBC-Pj Isma
AJK 2 -Pj Zaliha,Pj.Noran,Pn.Hasbiah,Hj.Supardi,Hjh.Saliana,Hjh.Afifa
AJK 2 –Ust Husni, Ust.Naza, Sdr.Syafrizal