11 April, 2010

Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC)

PENDAHULUAN
Setelah 5 tahun program PBC dilaksanakan adalah difikirkan perlu bagi pihak Al Wahida Marketing memperkenalkan satu program baru bagi mempercepatkan lonjakan jualan ke arah pencapaian jualan RM20 juta. Program PSC dicadangkan untuk diperkenalkan oleh pihak syarikat bukannya untuk menggantikan program PBC tetapi sebaliknya adalah bagi memantapkan lagi program tersebut.

MATLAMAT
Bagi melahirkan pengguna setia produk HPA dikalangan pengedar disamping menjana pendapatan yang selesa dengan cara yang mudah.

SIAPA YANG LAYAK MENYERTAI
Semua PB yang belum berpangkat. (PB: Pengedar Bertauliah)

JANGKAMASA PROGRAM
1 Hari (9 pagi – 5 petang)

INSENTIF PROGRAM
Dinobat Sebagai Pengurus Melati (PLX) Setelah Maintain 100 NM Selama 6 Bulan Berturut-Turut

TEMPAT PROGRAM
Hotel atau yang setaraf dengannya

MODUL
  1. Pengenalan syarikat
  2. Marketing plan – bagaimana menjana pendapatan selesa melalui program PSC
  3. Produk knowledge
Bayaran: RM 10 – RM 30 termasuk bahan dan makan
Bilangan Peserta: 200 hingga 500 orang

SYARAT PENYERTAAN

a. Telah membuat pembelian 100 NM sebulan dalam mana2 bulan dalam tempoh 3 bulan sebelum kursus. Peserta dikehendaki membuktikan dengan menyertakan invois pembelian semasa pendaftaran bersama dengan kad pengenalan. Peserta yang mengikuti program PSC pada bulan pembelian syarat dibuat atau bulan berikutnya hanya perlu meneruskan maintain 100 NM selama LIMA BULAN BERTERUSAN untuk melayakkan mendapat kenaikan pangkat PLX
b. Hanya peserta yang hadir layak menerima kenaikan pangkat. Tidak dibenarkan pengganti untuk hadir kursus.
c. Peserta perlu hadir sepenuh masa dalam kursus

SYARAT PENGANJURAN

Dianjurkan oleh kelab dan pada peringkat permulaan cukup satu atau dua program untuk satu kelab. Target 500-1000 peserta sebulan

KENAPA PROGRAM PSC RASIONAL

1. PSC tidak akan menyebabkan program PBC tergendala malahan akan menjadikannya lebih rancak kerana mereka yang menyertai PSC apabila menyertai PBC pada bulan berikutnya, hanya perlu membuat penambahan 200 NM. Disamping itu mereka juga akan menjadi peserta PBC yang lebih berkualiti kerana telah faham akan matlamat dan kelebihan PBC.

2. Program PBC telah pun berjalan sejak tahun 2005. Setelah 5 tahun, rasanya sudah sampai waktu dan ketika para pemimpin dan pengedar didedahkan dengan program baru yang boleh membangkitkan semangat mereka.

3. PSC akan memastikan peserta meneruskan pembelian sekurang2nya 6 bulan dimana ada kalanya peserta PBC hanya mampu untuk maintain dalam masa 2 bulan pertama selepas PBC

4. Terdapat dikalangan pengedar yang hanya sanggup memberi masa 1 hari bagi mengikuti program. Ini adalah lebih mudah bagi orang yang kurang semangat dan keyakinan.

BERITA BERKAITAN:

Program PSC Pertama Di Sg Petani, Kedah

Pendaftaran untuk Kursus Pengguna Setia Cemerlang (PSC) dibuka mulai sekarang dan tarikh tutupnya pada 24 APRIL 2010 (Sabtu). Mereka yang berminat hadir boleh daftarkan nama melalui PENGERUSI KOMUNITI masing-masing.

Tarikh PSC : 01 MEI 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Umar Mukhtar, RFC Legenda Height.
Yuran : RM20 (Minum pagi, Mkn Thari dan Petang serta Bahan)

SYARAT-SYARAT PSC
1. Mesti membuat belian 100NM dalam mana-mana 3 bulan (FEB,MAC atau APRIL).
2. Bukti INVOIS 100 NM perlu dibawa semasa pendaftaran.
3. Peserta berpangkat PB sahaja diterima.
4. Peserta ganti TIDAK DIBENARKAN.
5. Umur 18 tahun ke atas.
6. Hanya 200 peserta pertama mendaftar akan diterima.
Semua PENGERUSI KOMUNITI hendaklah menyerahkan senarai nama peserta pada atau sebelum 24 APRIL 2010 kepada Setiausaha Tribunal (PJS Ismail – 019-4752205).

Penceramah:
1. PJS Sharifah Sulaiman
2. PJS Azizan Ahmad.
3. PJS Mohd Nadzri Ahmad
4. PJS Mohd Aseri Hanapiah
5. PJS Jamaliah Omar
6. PJS Zaharah Mat Zain

No comments:

Post a Comment