02 April, 2010

Rokok ada sel darah babi





ROKOK bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.
_____________________________________________________

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.


Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.


Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.


Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.




Chapman menjelaskan, kajian tersebut mendedahkan kaedah pembuatan rokok yang sebelum ini dirahsiakan daripada umum.


Katanya, darah atau haemoglobin babi digunakan untuk membuat penapis rokok kerana ia didakwa berkesan menyekat bahan kimia berbahaya daripada memasuki paru-paru.


Chapman memberitahu, walaupun banyak syarikat rokok kini sukarela menyenarai kandungan rokok di laman web, mereka tidak mendedahkan kesemua bahan yang digunakan.


Dalam reaksi segera terhadap hasil kajian itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, hasil kajian itu tidak boleh dinafikan bulat-bulat.


"Ia tidak mustahil kerana saya dimaklumkan bahawa rokok mengandungi bahan protein yang tidak dihuraikan secara mendalam.


"Kita tidak tahu jenis rokok yang digunakan sebagai sampel kajian itu, saya harap pihak berkuasa dapat mengesahkannya," kata beliau ketika dihubungi semalam.


Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid juga berharap hasil kajian itu dapat disemak dan dibuktikan.


"Tanpa bukti yang sahih sukar untuk kita membuat keputusan mengenai perkara tersebut," katanya.


___________________________________________________


Ulasan KoSalam: Haram tetap haram, berhentilah hisap rokok. Amalkan Perubatan JAWI HPA untuk menghilangkan ketagihan dan berhenti sekaligus Insya Allah.

No comments:

Post a Comment