05 April, 2010

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH)

Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) pada bulan ini akan diadakan di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH).

Tarikh: 6 April 2010

Hari : Selasa

Waktu : 8.30 mlm sehingga 11.30 malam.

Penyampai : Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd.

Terbuka untuk semua lapisan masyarakat. Sehubungan dengan itu semua pengedar digalakkan membawa prospek masing masing ke majlis yang kita ada sebulan sekali ini di setiap negeri. InsyaAllah.

04 April, 2010

Penyelidik USM Temui Kaedah Beza Daging Ayam Dan Babi

PULAU PINANG, 1 April (Bernama) -- Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) menemui kaedah untuk membezakan antara daging ayam dan daging babi dengan menggunakan sejenis campuran gula dinamakan 'ribose'.

Melalui kaedah itu, daging kedua-dua haiwan berkenaan akan bertukar kepada warna tertentu apabila bertindak balas dengan bahan tersebut.

Ketua Penyelidik USM Prof Azhar Mat Easa berkata proses ujian itu amat mudah dan boleh dilakukan di rumah jika mempunyai peralatannya.

"Seseorang hanya perlu secebis daging dan mencampurkannya dengan gula berkenaan dan campuran ini kemudian dipanaskan dalam suhu tertentu untuk menukarkan warnanya," katanya pada sidang akhbar di USM pada Khamis yang turut dihadiri penyelidik bersama, Tan Thuan Chew dan Dr Abbas F.M Alkarkhi.

Azhar, yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan Penyelidikan, berkata dengan menggunakan alat dikenali 'spectrophotometer', julat warna yang dihasilkan akan menentukan sama ada ia daging ayam atau daging babi.

Katanya hasil ujian berkenaan akan mendapati warna daging ayam akan bertukar gelap sedikit berbanding daging babi.

"Menerusi ujian berkenaan orang ramai khususnya pengguna Islam kini tidak perlu rasa was-was ingin menikmati daging ayam kerana keputusan akan diketahui dalam tempoh kurang dua jam untuk membezakannya dengan daging babi," katanya.

Azhar berkata kaedah baru itu telah difailkan untuk paten dan ia juga boleh dimanfaatkan bagi mengatasi keraguan terhadap tahap halal daging terutamanya kepada Industri Kecil dan Sederhana.

Katanya kaedah itu juga berguna untuk membezakan antara serbuk gelatin babi dan lembu serta boleh digunakan dalam industri makanan yang menggunakan daging serta industri daging beku.

Kos mesin spectrophotometer ialah sekitar RM25,000 manakala ribose berharga RM15 untuk setiap botol yang mengandungi sebanyak empat gram.

-- BERNAMA

03 April, 2010

Penangguhan Majlis Tanda Tangan Persetujuan Pembelian Menara HPA

Makluman: Penangguhan Majlis Tanda Tangan Pembelian Menara HPA ke tarikh lain yang akan di beri maklum kemudian.

KPJ Kuala Lumpur bersama PU HPA di KLIH pada 6hb April 2010, jam 8.30 malam berjalan spt jadual

Kami Pengurusan HPA memohon maaf segala kesulitan yang timbul

Wasalam

02 April, 2010

Rokok ada sel darah babi





ROKOK bukan sahaja berbahaya tetapi kini timbul isu kandungan darah babi di dalamnya.
_____________________________________________________

KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.


Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.


Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.


Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.

01 April, 2010

Majlis Tanda Tangan Persetujuan Pembelian Menara HPA

Majlis bersejarah. Majlis tanda tangan persetujuan pembelian Menara HPA di Shah Alam. Berharga RM60 Juta
Pada : 6hb April 2010 Masa : 11.00 Pagi.
Tempat : Perkarangan Menara HPA, Lot 1065 dan 1066, Phase 19, No.7 Persiaran Sukan, Laman Seri Business park, Sek 13 40100 Shah Alam, Selangor
Kehadiran: Pengarah Urusan HPA, Pengarah Urusan SME BANK, PENGARAH URUSAN TTDI

Kelab Komuniti KPT, KPS, KPA, KPU dan Cawangan HPA sila buat hebahan.

Semua dijemput hadir.